Salam Persaudaraan Taman Islam SMKAB

12 06 2009

Assalamualaikum.. Salam persaudaraan..

Alhamdulillah.. Sempurna sudah Tunas Muda pada tahun ini. Kepada jawatankuasa perancang, tahniah diucapkan di atas kejayaan antum untuk menjayakan program ‘amanah’ ayahnda bonda di Raudatul Islami SMKAB. Juga ribuan terima kasih diucapkan pada kalian atas pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit bagi tujuan menjayakan program usaha sama kita bekas pelajar Raudatul Islami. Tidak dinafikan kita masing-masing punya kelemahan yang perlu diperbaiki. Bersamalah kita berusaha berpandukan syariat ALLAH, Tuan Pemilik Segala Hati.

Buat adik-adik peserta, abang memohon maaf atas segala kecacatan yang terlihat. Biarlah segala kecacatan itu semuanya diletakkan di atas ubun abang yang lemah ini. Segala aktiviti di dalam Tunas Muda adalah menjadi tanggungjawab abang. Biarlah segala hamburan caci maki, sekiranya ada diserahkan terus melalui e-mail abang (el_read23@yahoo.com). Indah molek sekiranya blog penghubung ukhwah kita ini dihiasi dengan ucapan terima kasih kepada abang dan kakak adik-adik yang telah banyak mencurahkan bakti dan pengorbanan kepada adik-adik sahaja.

Bukan hendak mengubah kecacatan sendiri, tapi cuma untuk mengadili penilaian. Biarlah penilaian yang baik pada abang kakak yang lain (sahabat, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sepencarian permata di Raudatul Islami yang abang kasihi). Serahkan yang kurang cantik hanya pada hamba yang lemah ini.

SubhanALLAh..
AlhamduLILLAH..
LailahaillALLAH..
ALLAHuakbar…

Salam Ukhwah Raudhatul Islami SMKAB… =)

-Noor Elridzuan Bin Elias
@ Kem Komander Tunas Muda ’09
@ Ajk Program Jawatankuasa Pra-Alumni SMKAB