Salam Persaudaraan Taman Islam SMKAB

12 06 2009

Assalamualaikum.. Salam persaudaraan..

Alhamdulillah.. Sempurna sudah Tunas Muda pada tahun ini. Kepada jawatankuasa perancang, tahniah diucapkan di atas kejayaan antum untuk menjayakan program ‘amanah’ ayahnda bonda di Raudatul Islami SMKAB. Juga ribuan terima kasih diucapkan pada kalian atas pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit bagi tujuan menjayakan program usaha sama kita bekas pelajar Raudatul Islami. Tidak dinafikan kita masing-masing punya kelemahan yang perlu diperbaiki. Bersamalah kita berusaha berpandukan syariat ALLAH, Tuan Pemilik Segala Hati.

Buat adik-adik peserta, abang memohon maaf atas segala kecacatan yang terlihat. Biarlah segala kecacatan itu semuanya diletakkan di atas ubun abang yang lemah ini. Segala aktiviti di dalam Tunas Muda adalah menjadi tanggungjawab abang. Biarlah segala hamburan caci maki, sekiranya ada diserahkan terus melalui e-mail abang (el_read23@yahoo.com). Indah molek sekiranya blog penghubung ukhwah kita ini dihiasi dengan ucapan terima kasih kepada abang dan kakak adik-adik yang telah banyak mencurahkan bakti dan pengorbanan kepada adik-adik sahaja.

Bukan hendak mengubah kecacatan sendiri, tapi cuma untuk mengadili penilaian. Biarlah penilaian yang baik pada abang kakak yang lain (sahabat, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sepencarian permata di Raudatul Islami yang abang kasihi). Serahkan yang kurang cantik hanya pada hamba yang lemah ini.

SubhanALLAh..
AlhamduLILLAH..
LailahaillALLAH..
ALLAHuakbar…

Salam Ukhwah Raudhatul Islami SMKAB… =)

-Noor Elridzuan Bin Elias
@ Kem Komander Tunas Muda ’09
@ Ajk Program Jawatankuasa Pra-Alumni SMKAB


Actions

Information

10 responses

4 07 2009
kain kapan

takbir!!!!!!!!!!!!

5 07 2009
kaka

msh kanan!!!!!

8 09 2009
Mantan SU Pengawas & Presiden BADAR

salam…… law ase pndai pun jgn la kmen kat sni….. tgr la depan2….

7 10 2009
naruto

salam…ni nk gtaw ckit sek ni bgs, ustaz sumenye best2 . lw spe mai sek sti best.ustaz yg plg best ialh ustz fuad.dya byk gla ilmu sya ska dgn cra dya.k t sya comen len.

19 11 2009
Hafizi Abdul Rahim

Salam ukhuwwah fillah. Seronok rasanya andai dapat bersua kembali di gedung kelahiran ilmu. Apakan daya masa dan jarak menjadi kekangan. Tahun 2000 adalah detik akhir kuinjakkan kaki pergi dari gerbang kota ilmu ini. Minda sedar bahawa setiap yang bertemu pasti akan berpisah jua tetapi yang pasti, kita semua akan dipertemukan di hadapan Allah SWT yang Maha Agung. Justeru mari kita kutip segala khazanah ilmu tinggalan rasul supaya ilmu ini memberi manfaat buat diri kita bukan hanya di dunia…tetapi yang dapat mengeluarkan kita dari kegelapan ke arah cahaya-Nya, semoga hampir kita dengan Pencipta.

Bintulu, 19/11/2009

1 03 2010
zati che ani

assalamualaikum..rsenye da byk komen sye kat dlm blog ni.sye batch form3 2005.bhrp sgt dpt join bks2 stdent smkab n jd fasilitator tunas muda or reunion mega..bhrp sgt2 dpt jmpe kwn2 lama…kngan lme still xdpt d lpakan d smkab

1 03 2010
elridzuan

waalaikumsalam… saudari che ani, nti bleh mdaftar sbagai alumni pd wakil bacth anti. sistem bacth bleh drujuk d lman web alumni. jawatankuasa penaja alumni menggalakkan progrm mengikut bacth dlm msa skrg. ntuk penglibatan dlm tunas muda bgantung pd ajk pelaksana. mungkin xramai yg dpt terlibat… syukran atas keprihatinan anti pd alumni

1 03 2010
elridzuan

maaf. saudari zati che ani…

19 09 2010
adawiyah

emm… dah besarlah junior2 smkab, rindu kat korang semua, tapi takat rindu jelah, jumpa!! dlm doa . Terkejut sangat tengok gambar the latest dah besar, alamak sy dh makin tua ni. Rindu dkt teacher, n friend, but… i’m sorry i cant go there, even now “smkab it is so memorable” it make my tears, cant stop haha… by the way luv u all.

Teruskan perjuangan, perjuangan itu pahit, rasalah kepahitan itu, berpeganglah pada janji Tuhan, walau Dia tak kelihatan… suatu hari nanti kemanisan itu bakal kau rasai… jika kau mengharapkan pujian, sanjungan, pangkat… itulah yg bakal kau perolehi… tapi ingat, mulia kau hanya disisi manusia… jgn nanti Tuhan tidak mahu memandang kamu walau sekilas…
hinalah diri kamu sehina-hinanya di hadapan Dia, krn itulah darjat hamba, jgn sekali2 merasa mulia, kerana yg mulia itu hanya Tuhan… siapa kita? hamba? hamba tiada kemulian, sedarlah diri, aku hanya hamba yg hina…

perhap i would say ilal liqa, tiil we meet again…

16 02 2011
Anonymous

aku bdak baru smkab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: