TENTANG TM

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling sentiasa menjadi perhatian dalam menjadi tapak kelahiran bakat-bakat baru dan pemimpin umat masa hadapan. Bakat-bakat baru ini sentiasa dinantikan oleh umat untuk berperanan secara aktif memikul beban merawat penyakit-penyakit kronik yang kian merebak dalam masyarakat. Dalam usaha menghadapi ghazwatul fikri(perang pemikiran) yang direncanakan oleh musuh-musuh Islam, umat memerlukan pemuda-pemudi yang menepati ciri-ciri ‘khairun ummah’ dan Negara yang disebut dalam al-Quran sebagai ‘Baldatun Thaiyyibun Wa Rabbun Ghaffur’.

Justeru, program Tunas Muda ini dirangka oleh pihak sekolah bersama pihak alumni untuk memberikan kefahaman yang sebenar kepada para peserta agar kembali meyakini Islam sebagai sumber kekuatan. Sepanjang program ini, insya-Allah penerapan dua masdar kita, al-Quran dan Assunnah akan cuba diketengahkan semampu mungkin. Selain itu, program ini akan menyelaraskana penggunaan teknologi dan teknik-teknik motivasi sebagai komponen pemudah cara dalam memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para peserta.

Adalah dengan ini diharapkan program Tunas Muda pada kali ini dapat berjalan dengan sebaiknya dan mencapai objektif program. Semoga usaha kita semua beroleh barakah daripada Allah dan dikira sebagai satu kebajikan di sisinya.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memotivasikan peserta dengan sumber motivasi yang agung, Al-Quran dan Assunnah.
  2. Menjana akhlak Islamiah dan nilai-nilai kepimpinan dalam diri peserta.
  3. Membangkitkan semangat peserta untuk meraih kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
  4. Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang dipikul terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
  5. Membentuk kumpulan peserta yang berukhuwwah Islamiah, saling bantu-membantu sesama rakan dan saling tegur-menegur dalam kesilapan.

12 responses

26 05 2008
pu3-08(tm)

btul 2….sy alhamdulillah dpt sedikit sbyk objektif y dberikn..thank a lot 4 all fasi(t’utama abg lukman y suka denda org) n ust syam

9 06 2008
YOP

NAK GLAMOUR JE TU…BKN IKHLAS PUN…..

9 06 2008
bro el

iklhlas bleh nampak ka….=)

4 07 2008
goku

Assalamualaikum.first mende nie mmg good and patut d’teruskan pada tahun2 hadapan.what ever thank a lot to abg syafiq baseri….okey ingat “TIADA PANGGILAN SEPENTING SERUAN ILAHI……………..”

17 07 2008
testminie

byk perubahan yang b’laku kat diri ni lps sertai kem tm ni (eclass nie)x caye tanya makayah aku(depa dah pun dpt surat yg tulis masa kat tm aritu)janji still janji

20 07 2008
bro el

ALHAMDULILLAH…
harap perubahan yang berlaku berkekalan dan berlandaskan asbab yang betul.. kami smua cma bleh berusaha mengubah adik2, dalam masa yang sama muhasabah diri sendiri.. harap adik2 doakan abg2 n kakak2 dpt menjadi insan yang mencontohi sifat Rasulullah.. apa yang disampaikan dapt ditanam dalam diri sendiri… syukran…

25 07 2008
shahidah

Alhamdulillah…sejuk ati ni..bertambah sejuk ati mak ayh adk2 kalau adk btl2 berubah mjd org yg lbh baik.. InsyaAllah..akak2 dan abg2 akan doakan adk2 terus istiqaamah x kira walau kat mana adk2 pergi..aminn..=)
senyum sokmo..jg dr jg iman slalu..

28 07 2008
ummu naufal

Subhanallah…
Azim! Biar apa pun mihnah melata, perjuangan peneraju TM harus terus teguh dan bersatu.. Kalian pemuda-pemudi harapan ummah.. Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. Salam Ukhwah.

18 10 2008
nuradura

Salam…f0rm 4 nanti wat la TM lagi…bagi sy TM nie membuatkan diri sy berubah menjadi baik sikit…sy rindu sangat TM…lagi p0n kena denda x la sakit sgt…ser0n0k ada laaaaaaaaaaa…

18 05 2009
akhyar

TM BESSSSSSSSSTTTTTTTTT sangat……….

3 06 2009
bell

haaaaaaaaaa baru la tau pasal tm ni sebenarnya okla good luck for pmr thn 2009 k bye assalamualaikum…………………………………

1 01 2010
ajis

program nie perlu diteruskan sampai bila2 utk memupuk jati diri dan ukhuwah sesama kita…di samping ilmu yang dipelajari… tq abg2 n akak2 fasi sekalian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: