TAZKIRAH

Jenis cabutan bertuah yang haram

Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat’ atau ‘pertandingan’. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa “Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy” dalam sidangnya ke 14 pada 8 – 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi ‘mukhatarah’ atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : “Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung” ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib “qimar”, dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran” (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : –

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai’ Al-Sonai’, Al-Kasani)

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

5 responses

28 07 2008
ummu naufal

Assalamualaikum…

Tahniah buat anak-anak peneraju TM sepanjang dekad..
Hanya Allah dapat membalas segala perjuangan dan pengorbanan.
Ummi hanya sekadar pemerhati, melihat kerah keringat anak-anak yang hebat
Ayuh! teruskan perjuangan kalian.
InsyaAllah ganjaran syurga buat mujahid dakwah.

Salam sayang,
Ummu Naufal. Teratak Guru SMKA BAling

29 07 2008
el-Ridho

harap usaha dan gerak kerja diterima Dia sebagai jihad fi sabilihi.. rasa terlalu tinggi gelaran ‘mujahid dakwah’ bg ganti diri yg berdosa.. harap sahabat seperjuangan sama2 ambil kata2 ummi sebagai pemangkin gerak kerja dakwah umum dan fardhiah… syukran jazilan ayahnda bonda di Taman Islam ‘SMKAB’.. Doakan anaknda semua selamat mencapai harapan perjuangan…

12 12 2008
bell

terima kasih abg2 dan kak2 sebab telah memberitahu tentang cabutan bertuah di atas jika saya tak buka bahagian ini mesti sampai sekarang saya tak tahu pasal hukum halal dan haramnya cabutan bertuah. terima kasih.

15 07 2009
UMKL

Alhamdulillah.. stlh lama tinggalkn SMKAB, ada perkembangn yg baik adik2 disana. Bljarlh sungguh2, tenaga kalian amat diperlukan. Perjalanan kalian masih terlalu jauh..Syukran.

10 07 2013
ainasyamsuri

Salam buat semua..trima kasih abg2 n also kkak2 yg sdi mmbri tazkirah yg amat brmanfaat ini..sblum ni sya x tau laa plak ada cabutan brtuah yg hram..stelah bca tzkirah yg abg2 kakk2 bgi ni bru sya knal..yg mna cabutan brtuah hlah n hram..wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: