Berakhir sudah TM’08

28 05 2008

Assalamualaikum..pertama sekali admin ingin memohon ampun atas keterlewatan meng’update’ weblog ini diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan antaranya kekangan masa dan masalah wireless di kawasan sekolah yang tidak ‘stabil’.

Alhamdulillah, lepas tamat majlis penutup pada ahad lepas, maka berakhirlah Kem Tunas Muda 2008 secara rasminya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Jutaan perhargaan yang tak terhingga juga diucapkan pada Ustaz Shamsurry yang banyak bertungkus-lumus mengendalikan program ini secara keseluruhannya. Tak lupa kepada semua jawatankuasa yang turut memberi sumbangan wang ringgit dan tenaga dalam melancarkan lagi Kem Tunas Muda ini. Kepada adik-adik peserta, tahniah juga diucapkan kerana telah berjaya mengharungi kem ini selama empat hari tiga malam tanpa sebarang masalah. Semoga adik-adik mendapat manfaat dari program empat hari ini. Dengan berakhirnya program ini, diharapkan agar hubungan dua hala antara adik-adik dengan fasilitator dan committe tidak terputus begitu sahaja. Pihak alumni sentiasa menjadi penyokong untuk setiap program yang melibatkan adik-adik semua.

Segala perkembangan dan berita berkenaan dengan program, pihak admin akan memuatkan dalam masa terdekat ini. Semua gambar dan video juga akan di’upload’ segera mungkin. Jika ada sebarang komen atau cadangan sila emailkan ke tunasmuda_smkab@yahoo.com. Segala pandangan anda akan dipertimbangkan sebaiknya.