Kini kembali

24 05 2009

Assalamualaikum dan salam muhibbah..

Kini ia telah kembali dan bakal menemui adik-adik tingkatan dua bermula cuti sekolah ini. Pertama kali diucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan persediaan sempena program yang bakal tiba nanti. Tahniah juga diucapkan kepada saudara Mahzan kerana terpilih mengetuai jawatankuasa penggerak program kali ini. Tak lupa juga kepada jawatankuasa terlibat terutamanya barisan fasilitator yang terpilih semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Bermula dari pemilihan jawatankuasa sehingga perancangan aktiviti dan tugasan, akhirnya program yang dinanti bakal terlaksana dengan izin Yang Maha Esa. Insya-Allah, Kem Tunas Muda pada tahun ini telah ditetapkan pada 29 Mei ini sehingga 1 Jun seperti mana yang dirancang iaitu hari pertama cuti persekolahan bermula. Kepada adik-adik tingkatan dua, diharapkan agar dapat melapangkan dada dan terbuka hati menyertai kem ini. Insya-Allah, adik-adik akan dihidangkan dengan segala macam pendedahan dan pengalaman yang mungkin adik-adik tak akan melupakannya.

Sememangnya setiap kali berlangsungnya program ini saban tahun, para peserta bakal menemui barisan fasilitator yang terpilih yang semestinya berbakat dan berpengalaman untuk membimbing adik-adik disepanjang program ini berlangsung. Semoga adik-adik dapat menggarap dan mengutip sebanyak mana yang mungkin pengalaman yang mampu agar adik-adik tidak mensia-siakan program yang disajikan untuk adik-adik ini.

Juga kepada semua jawatankuasa dan fasilitator yang terlibat supaya mendapat maklumat terkini dari ketua unit masing-masing supaya segala perancangan yang diaturkan berjalan lancar. Juga bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, dan dapat hadir dalam keadaan yang sihat hendaknya. Tak lupa juga untuk diperingatkan dari segi tata cara pemakaian agar kita semua berpakaian mematuhi kehendak program.

Pesanan ikhlas dari admin weblog. Terima kasih…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: