Salam Persaudaraan

11 01 2009

Sebelum memulakan bicara, terima kasih buat abg fikri, administrator ruangan ini kerana memberi ruanguntuk saya(elridzuan) meng’update ‘ blog tunasmuda..

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru Masihi 2009. Buat adik-adik pelapis generasi Taman Islam SMKAB, selamat meneruskan perjuangan di medan pertempuran ilmu. Ingatlah bahawa setiap usaha mengejar kecemerlangan akademik adalah jihad selagi berlandaskan Islam. Jangan sampai terlupa kewajiban seorang hamba dalam mengejar cita-cita dan impian.

Dalam keselesaan kita berlangitkan awan cerah, jangan kita terlupa saudara kita yang sedang berlangitkan awan merah dek percikan cahaya bom dan mortar. Saudara kita di Palestin tak pernah kenal erti keamanan. Bagi mereka, Islam di dalam jiwa itulah ketenangan yang sebenar.  Tanah mereka diceroboh, rumah mereka dirampas, ahli keluarga mereka dibunuh! pernah kita rasa semua itu?

Dalam keselesaan kita mencoret tulisan di atas kertas putih bersih, jangan kita terlupa sahabat kita di sana yang tak ada tempat untuk belajar. Sekolah mereka dihancurkan. Universiti diruntuhkan. Tapi kita masih lagi mampu tidur nyenyak di dalam kelas..

Bangunlah saudara sekelian. Abang, adik, kakak kita di sana perlukan kita. Pakcik dan makcik kita di sana tak henti-henti memanggil kita. Tak perlu angkat senjata merempuh benteng kebal tentera Yahudi. Carilah di mana lubang untuk kita bantu mereka. InnaAllaha ma’ana.. Salam perjuangan para mujahid Islam…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: