Cadangan dan Penambahbaikan

1 09 2008

Salam Ramadan buat semua pelawat. Esok bermulalah saat-saat yang dirindu oleh semua setelah setahun ia meninggalkan kita. Bulan Ramadan bulan yang istimewa. Ayuh kita sama-sama mempertingkatkan amalan soleh dan memperbanyakkan ibadah semoga di sepanjang bulan yang barakah ini kita beroleh keredhaan dari-Nya, insya-Allah.

Kepada adik-adik bekas peserta Kem Tunas Muda, ribuan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan anda terhadap program yang kita jalankan ini dan juga sambutan anda terhadap weblog ini. Terima kasih juga kepada anda yang telah meletakkan komen dan luahan hati di ruangan komen yang disediakan, serta juga ucapan-ucapan ‘rindu’ terhadap program yang lepas. Sungguh terharu mendengar segala luahan adik-adik berkenaan kesan yang adik-adik lalui selepas tamatnya program tempoh hari. Justeru, dengan itu, pihak admin telah menyediakan ruang khas untuk adik-adik meluahkan pendapat serta cadangan yang bernas yang adik-adik rasakan bagus untuk program ini di masa yang akan datang. Dengan ini, bolehlah adik-adik luahkan apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk program ini. Boleh juga dapatkan komen dan pendapat rakan-rakan yang lain ataupun pendapat ibu dan ayah adik-adik terhadap program ini. Apa-apa pun, ruangan ini memang terbuka untuk semua.

Sila klik pada pautan di bawah untuk menyampaikan cadangan/komen anda.

>> CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: