TM yang dirindui

18 07 2008

Assalamualaikum..salam ukhwah buat semua pengunjung weblog Tunas Muda yang dikasihi. Apa khabar adik-adik? Sihat? Masih ingat lagi pada abang-abang dan kakak-kakak alumni? Baguslah kalau ingatan pada abang-abang dan kakak-kakak masih lagi tersemat dalam hati adik-adik. Kalau tak, tak mungkin adik berkesempatan nak kunjung weblog ini. Mesti adik-adik merindui kem Tunas Muda yang lepas. Alhamdulillah, setakat yang sedia maklum, weblog ini sentiasa mendapat kunjungan yang tidak putus-putus dari anda semua termasuk kepada mereka-mereka yang pernah menyertai kem Tunas Muda sebelum ini.

Adik-adik yang dikasihi,

Dimaklumkan bahawa adik-adik dibenarkan pulang ke kampung pada minggu ini. Ye tak? Kalau tidak, mana mungkin statistik pengunjung weblog ini meningkat berkali ganda. Kalau bukan adik-adik, siapa lagi kan? Apa yang dipasti, statistik untuk hari Khamis (17 Julai) meningkat kepada 101 pelawat dan ia diantara tertinggi pernah dicatatkan. Kalau sebegini ramai, terdetik di hati bahawa adik-adik sebenarnya masih merindui kem Tunas Muda yang lepas. Adik-adik mungkin rindu pada abang-abang dan juga kakak-kakak yang pernah bersama adik-adik.  Mungkin juga ini sebahagian daripada kesan ‘botol air’ yang abg El selalu cakap. Adik-adik ingat lagi tentang ‘botol air’ tu? Harap  perumpamaan tersebut sentiasa tersemat dihati adik-adik.

Walau apa pun, sekalung tahniah  patut diberikan buat abang dan kakak kerana telah berjaya meyemat satu perasaan yang mana telah memberi kesan yang amat mendalam buat adik-adik terhadap program yang telah dijalankan. Adik-adik patut bersyukur kerana terpilih menyertai kem ini. Melalui kem ini, hubungan baru tercipta dan moga ia sentiasa kekal buat selamanya. Semoga ukhwah tersebut kembang mekar disanubari. Teruskan menyokong kem Tunas Muda.

Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang berkelapangan, sudi-sudilah untuk berkongsi pendapat dan nasihat agar dapat dimuatkan dalam weblog ini untuk tatapan adik-adik. Pihak admin tak dapat untuk meng’update’ setiap masa weblog ini. Justeru, kepada abang-abang atau kakak-kakak yang berminat boleh kongsikan kelapangan masa untuk terus menghidupkan weblog ini supaya ia terus menjadi medium penghubung antara alumni dan pihak sekolah termasuklah adik-adik yang dikasihi. Wassalam..

*emailkan ke tunasmuda_smkab@yahoo.com untuk menghantar pendapat dan komentar.

**kepada adik-adik yang ingin memberikan komen dalam setiap page weblog ini, disarankan agar dapat menggunakan bahasa yang sopan dan teratur. Sila sertakan nama yang sebenar.

Terima kasih. – mfy@08


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: