Berwajah baru!

5 05 2008

Salam sejahtera..

Setahun sudah berlalu bagaikan baru semalam kita bersua. Pejam celik pejam celik hampir setahun jugalah Kem Tunas Muda 2007 berakhir dan untuk kesekelian kalinya, Tunas Muda bakal muncul kembali. Alhamdulillah, akhirnya kem ini bakal menemui adik-adik tingkatan dua SMKAB seperti mana yang diketahui. Seperti juga kita yang sedia maklum, seperti mana tahun-tahun sebelum ini, pembabitan alumni sebagai tunggak utama program memang tidak dapat dinafikan lagi. Tahniah diucapkan kepada alumni yang terpilih untuk menjayakan program kali ni. Diharapkan kepada mereka yang terpilih untuk program kali ini dapat memberi sepenuh-penuhnya komitmen bagi menjayakan program tahunan ini. Bagi yang tidak dapat melibatkan diri, tak perlulah bersedih. Walau dimana jua kita berada, diharapkan sokongan dan semangat anda terhadap program ini tidak akan terpadam.

Untuk pertama kalinya, admin ingin mengucapkan Selamat Datang/Ahlan Wasahlan buat anda semua, pelawat ke weblog Tunas Muda yang kini berwajah baru. Dengan perubahan ini, diharap ia dapat memberi info-info yang berguna serta pendekatan baru bagi menjayakan program Tunas Muda ini. Insya-Allah, selepas ini, weblog ini akan dijadikan weblog rasmi Kem Tunas Muda SMKA Baling bagi menggantikan blog yang lama dan untuk mengakses weblog ini anda bolehlah menggunakan mana-mana address iaitu https://tunasmudasmkab.wordpress.com ataupun http://tunasmuda.co.nr. Weblog ini menyediakan informasi terkini terutamanya sewaktu program yang akan berlangsung nanti disamping beberapa elemen tambahan lain seperti Tazkirah, Foto, Video dan maklumat Alumni agar lebih interaktif.

Buat masa ini, weblog ini masih lagi dalam proses pembinaan dan banyak lagi maklumat-maklumat yang akan ditampilkan dalam masa terdekat ini sebelum menanti ketibaan bermulanya kem Tunas Muda nanti. Diharapkan para alumni dapat meluangkan masa mengikuti perkembangan program melalui weblog ini sebagai panduan sebelum berlangsungnya Tunas Muda. Jikalau ada mempunyai sebarang komen ataupun cadangan bagi memantapkan lagi program mahupun weblog ini, bolehlah emailkan komen/cadangan anda ke tunasmuda_smkab@yahoo.com. Semoga kerjasama anda dapat memartabatkan lagi program ini agar lebih bermanfaat dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia, sejajar dengan objektif yang ingin dicapai.

Buat alumni yang terlibat, terpilihnya kita atas kepercayaan pihak sekolah. Jadi diharapkan gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan dan bakti kita kepada pihak sekolah. Wassalam…


Actions

Information

One response

2 07 2008
setan2

woi semua steady skit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: