Pelan Tindakan TM09

7 03 2009

PELAN TINDAKAN KEM TUNAS MUDA 2009

Bil.

Perkara

Bulan

Catatan

1

Meeting 1:

Lantik AJK, bincang tarikh dan tempat

Jan

-hanya 5 orang yg hadir

-kekangan utk mengadakan meeting

2

Finalise senarai AJK dan Fasi

Feb

-perbincangan dgn Ust Syam

-jumlah ajk dan fasi hanya 60 org

-mungkin berlaku perubahan tempat

-maklum kpd kwn2 kumpul modul

3

Memaklumkan jawatan dan tugasan kepada setiap Ketua Unit

Feb

-berlaku pertukaran ajk

-ketua unit confirm dgn ahli ttg jawatan dan tugasan

-cadangan fasi senior yg mantap

4

Meeting 2:

Bincang resolusi TM ’08, tema, objektif, lagu

Merangka tentative, modul

Maklum job skop, wakil batch, bahan edaran

Mac

-mencari masa dan tempat yg sesuai

-penglibatan semua ajk seramai mungkin

-tetap jangka masa utk sesuatu tugasan

-perlu idea utk penambahbaikan

-perbincangan dengan pihak sekolah

5

Follow up setiap Ketua Unit

Penyerahan susunan modul dan tentatif

Makluman dan edaran bahan kpd fasi

Apr

-semua perlu alert dgn makluman

-perjumpaan jika perlu

6

Check list semua perkara yg berkaitan

Induksi & Final touch sebelum mula program

Mei

-laporan terakhir drp semua ketua unit

-ajk dan fasi perlu lapor kehadiran dan hadir awal jika tiada kekangan

7

Resolusi dan penambahbaikan

Follow up peserta jika perlu

Jun

-perjumpaan sebelum tamat program

-ambil maklumat ajk, fasi dan peserta





Laporan Hari Terakhir

29 05 2008

AHAD

25 Mei 2008

5.45 am – Solat subuh

Selesai solat subuh, kuliah pendek disampaikan. Kemudian diikuti pula dengan acara Salam Wida’. Para peserta bersalam-salaman dengan fasilitator dan committe sebagai tanda perpisahan.

8.00 am – Sarapan pagi

9.00 am – Majlis Perasmian Penutup

Majlis penutup pada kali ini dirasmikan oleh PK HEM, Ust Abd Somad. Majlis dimulakan dengan ucapan pengarah program dan diikuti pula dengan ucapan penyelaras program, Ust Mohd Shamsurry. Sebagai simbolik penutupan, perasmi menandatangani ikrar pelajar setelah acara bacaan ikrar oleh ketua peserta sekalu penghulu kem Tunas Muda. Selesai acara perasmian penutup, hadirin ditayangkan dengan gambar-gambar yang sempat dirakam disepanjang program berlangsung. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil peserta dan unit-unit jawatakuasa yang terlibat. Tidak lupa juga kepada Ust Somad selaku perasmi majlis. Untuk acara seterusnya, majlis diserahkan kepada sdri. Anis Shaari untuk slot bacaan wasiat. Seorang wakil peserta dijemput kerana terpilih untuk membaca surat wasiat. Majlis diselubungi dengan suasana yang pilu dan diakhir dengan doa sebagai penutup majlis.

11.00 am – Makan tengahari

Makan terakhir bersama adik-adik peserta sebelum program melabuhkan tirai sepenuhnya.

11.45 am – Post morterm

Semua jawatankuasa berkumpul di surau untuk acara post morterm. Segala permasalahan dibangkitkan untuk mencari resolusi yang sesuai agar program Tunas Muda untuk musim yang akan datang lebih mantap dan berkesan lagi. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama penyelaras program.

12.45 pm – Tamat





Laporan Hari Ketiga

29 05 2008

SABTU

24 Mei 2008

5.30 am – Solat subuh

Solat subuh secara berjamaah diikuti dengan tasmi’ surah hafazan. Kuliah subuh juga diadakan oleh ust Yahaya.

8.30 am – Rehlah Masyi

Satu aktiviti baru yang diperkenalkan dalam program Tunas Muda kali ini. Program ini membawa para peserta berjalan-jalan sekitar kawasan luar sekolah. Lokasi yang dipilih adalah sekitar masjid Pulai. Para peserta dilepaskan secara berkumpulan dengan diiringi oleh fasilitator masing bergerak ke lokasi yang ditetapkan dengan bantuan committe sebagai juru arah. Para peserta akan ditasmi’ di setiap check point yang ditetapkan. Kemudian para peserta berkumpul di sebuah padang bagi meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu ‘Binaan Menara Kertas’. Setiap kumpulan dikehendaki membina menara yang tinggi dan kukuh sebagai syarat dengan menggunakan kertas surat khabar lama, sekeping talam dan juga beberapa batang straw. Binaan yang paling tinggi dan kukuh adalah pemenang.

12.00 pm – Bergerak pulang ke asrama

Para peserta dibenarkan rehat secukupnya sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.

3.00 pm – LDK 6

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ‘Garisan Impianku’, ‘Lilin + Mancis’ dan ‘Aku Mahu Maju’. Diharapkan adik-adik masih mengingati aktiviti yang kita jalankan ini.

5.00 pm – Solat asar

Solat asar berjamaah. Para peserta kemudiannya ditasmi’ sekali lagi surah hafazan yang dihafal.

7.00 pm – Makan malam

7.30 pm – Solat

Solat maghrib + tazkirah + solat isyak.

9.15 pm – Malam Muhasabah Diri

Setiap tahun-tahun yang sudah, malam muhasabah diri sudah menjadi acara wajib bagi program Tunas Muda. Walau bagaimanapun pengisian dan penyampaiannya dibezakan dari tahun ke tahun. Para peserta juga dikehendaki menulis surat wasiat sebagai ‘perjanjian’ agar memperbaiki diri masing-masing.

11.45 pm – Minum malam

Selepas minum malam, diikuti dengan bacaan surah al-Mulk dan masa untuk tidur.





Laporan Hari Kedua

29 05 2008

JUMAAT

23 Mei 2008

4.45 am – Qiamullai

Qiamullai secara berjamaah yang diimamkan oleh sdr. Usamah. Antara solat-solat sunat yang dilaksanakan adalah seperti solat sunat mutlak, solat sunat tahjud dan solat sunat witir tiga rakaat.

6.00 am – Solat Subuh

Solat subuh yang disertakan dengan sujud sajadah yang juga diimamkan oleh sdr. Usamah. Seusai solat, diteruskan pula dengan bacaan ma’thurat diikuti pula dengan tasmi’ surah hafazan. Semua peserta dikehendaki menghafaz surah as-Sajadah sebagai surah hafazan.

7.00 am – Riadah

Aktiviti riadah dimulakan dengan acara bersenam di hadapan asrama masing-masing. Aktiviti diasingkan lelaki dan perempuan tetapi berjalan serentak. Selepas bersenam, para peserta lelaki bergerak ke padang utama untuk aktiviti seterusnya manakala peserta perempuan bergerak ke padang aspuri untuk acara sukaneka. Peserta lelaki diperkenalkan dengan permainan ’dodge ball’ yang dikendalikan oleh sdr. Anas, dimana setiap permainan melibatkan dua kumpulan. Satu kumpulan harus berada di tengah bulatan kumpulan lawan dan lawan akan membaling bola ke kumpulan tengah sehingga semuanya terkena balingan. Pemenang berdasarkan kepantasan menghabiskan balingan ke pihak lawan. Walau bagaimanapun, juaranya berpihak kepada abg-abg fasi!

8.00 am – Sarapan pagi

Dihidangkan dengan nasi lemak dan teh ’O’ sebagai sarapan pagi.

9.00 am – Ceramah motivasi

Ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Ahmad Takiyuddin, yang bertempat di surau SMKAB. Ceramah ini memfokuskan aspek-aspek kecemerlangan akademik. Selesai ceramah, para peserta diperkenalkan dengan lagu tema yang bertajuk Bingkai Kehidupan. (lagu tema boleh dirujuk di sebelah ruangan bawah)

12.30 pm – Makan tengahari + Solat Jumaat

Bagi peserta perempuan, slot srikandi diadakan khas sebagai menanti peserta lelaki pulang dari solat jumaat.

3.00 pm – LDK 2

Aktiviti dalam kumpulan yang seterusnya melibatkan aktiviti ’Benda ajaib’, ’big tree’ dan juga ’air yang terapung’.

4.00 pm – LDK 3

Tajuk aktiviti berkumpulan yang seterusnya adalah ’Nilai Hidup’.

4.45 pm – Solat asar

Solat asar berjamaah.

5.15 pm – LDK 4

Mempraktikkan gaya hidup berfikir. Antara aktivitinya adalah ’Misi Mustahil’ dan ’Siapa Sangka’. (Diharapkan adik-adik masih ingat kepada puzzle Segitiga Bermuda yang adik-adik susun!)

7.00 pm – Makan malam

Makan malam – dewan makan.

7.30 pm – Solat maghrib

Selesai solat, para peserta dibawakan dengan aktiviti seterusnya oleh kem komander manakala fasilitator dan committe berkumpul di dewan makan untuk taklimat berkenaan dengan aktiviti rehlah masyi pada keesokan hari.

8.45 pm – Solat isyak

Solat isyak berjamaah.

9.15 pm – Sessi fotografi

Sesudah solat isyak, para peserta bergerak ke dewan utama. Sebelum bermulanya slot Cinta Rasul, para peserta bergambar dengan fasilitator mengikut kumpulan masing-masing. Di atas kekangan masa, para committe tidak dapat bergambar bersama unit masing-masing.

10.00 pm – Cinta Rasul

Slot Cinta Rasul bermula sebagai menggantikan Majlis Perasmian Pembukaan yang terpaksa dibatalkan diatas ketiadaan perasmi untuk merasmikan majlis. Setelah kata sepakat dicapai, maka slot Cinta Rasul dipilih bagi memenuhi program pada malam tersebut. Tayangan gambar/slide dipertontonkan kepada peserta bagi memudahkan penghayatan terhadap slot tersebut.

11.00 pm – LDK 5

’Sebiji roti’ – ingat lagi adik-adik?

11.30 pm – Minum malam

Bacaan surah al-mulk + tidur.





Laporan Hari Pertama

29 05 2008

KHAMIS

22 Mei 2008

2.15 pm – Taklimat

Satu taklimat dipengerusikan oleh pengarah program untuk semua fasilitator dan barisan committe yang terlibat. Bertempat di bilik kuliah dengan kehadiran yang memuaskan.

3.30 pm – Taklimat berasingan

Taklimat seterusnya diadakan secara berasingan dimana para committe bergerak ke kelas untuk pembahagian tugas mengikut unit masing-masing yang diketuai oleh pengarah program manakala fasilitator terus berada di bilik kuliah bagi mendengar sessi pembentangan modul-modul oleh unit pengisian & modul.

5.30 pm – Pendaftaran peserta

Sessi pendaftaran peserta yang bertempat di dewan makan berjalan lancar walaupun agak ’perlahan’ pada awalnya. Proses pendaftaran dikendalikan oleh semua committe yang terlibat. Para peserta diberi fail dan tag nama masing-masing.

7.00 pm – Makan malam

Makan malam. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, lokasi makan untuk sepanjang program ini bertempat di dewan makan dan tidak menggunakan garaj bas sebagai lokasi masak+makan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

7.30 pm – Solat

Solat maghrib + tazkirah + solat isyak. Tazkirah disampaikan oleh sdr. Elridzuan selaku pengarah program diikuti oleh sdr. Usamah Izer.

9.30 pm – Taklimat

Para peserta diberi taklimat berkenaan dengan program Tunas Muda.

9.45 pm – Perlantikan ketua

Perlantikan penghulu dan penghuluwati oleh sdr pengarah program. Penghulu dan penghuluwati dipakaikan ’tag besar’ sebagai simbolik perlantikan.

10.00 pm – Ice breaking I

Aktiviti seterusnya disambung dengan Ice breaking I yang dikendalikan oleh sdr. Aizudin dengan tajuk ’Kita Sama’ dan ’Mencari Teman’.

10.30 pm – Taaruf

Sessi taaruf bersama semua alumni yang terlibat dengan memperkenalkan diri masing-masing sebagai tanda perkenalan dengan para peserta.

10.55 pm – Agih kumpulan

Para peserta agihkan mengikut kumpulan masing-masing. Sebanyak 20 kumpulan di mana sembilan kumpulan adalah pelajar lelaki manakala selebihnya kumpulan peserta perempuan. Sambil proses pengagihan berjalan, para fasilitator sekali lagi diberi taklimat demi memastikan aktiviti seterusnya berjalan lancar.

11.10 pm – LDK 1

Para peserta berada dalam kumpulan masing-masing bersama dengan fasilitator yang ditetapkan. Setelah itu, aktiviti yang seterusnya iaitu LDK 1 dimulakan. Dalam LDK 1, aktivitinya melibatkan sessi pengenalan dan juga ’team building’.

11.30 pm – Minum malam

Aktiviti untuk hari ini selesai. Para peserta pulang ke kamar masing-masing selepas minum malam.

11.45 pm – Al-mulk

Bacaan surah al-Mulk + tidur.





Berakhir sudah TM’08

28 05 2008

Assalamualaikum..pertama sekali admin ingin memohon ampun atas keterlewatan meng’update’ weblog ini diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan antaranya kekangan masa dan masalah wireless di kawasan sekolah yang tidak ‘stabil’.

Alhamdulillah, lepas tamat majlis penutup pada ahad lepas, maka berakhirlah Kem Tunas Muda 2008 secara rasminya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Jutaan perhargaan yang tak terhingga juga diucapkan pada Ustaz Shamsurry yang banyak bertungkus-lumus mengendalikan program ini secara keseluruhannya. Tak lupa kepada semua jawatankuasa yang turut memberi sumbangan wang ringgit dan tenaga dalam melancarkan lagi Kem Tunas Muda ini. Kepada adik-adik peserta, tahniah juga diucapkan kerana telah berjaya mengharungi kem ini selama empat hari tiga malam tanpa sebarang masalah. Semoga adik-adik mendapat manfaat dari program empat hari ini. Dengan berakhirnya program ini, diharapkan agar hubungan dua hala antara adik-adik dengan fasilitator dan committe tidak terputus begitu sahaja. Pihak alumni sentiasa menjadi penyokong untuk setiap program yang melibatkan adik-adik semua.

Segala perkembangan dan berita berkenaan dengan program, pihak admin akan memuatkan dalam masa terdekat ini. Semua gambar dan video juga akan di’upload’ segera mungkin. Jika ada sebarang komen atau cadangan sila emailkan ke tunasmuda_smkab@yahoo.com. Segala pandangan anda akan dipertimbangkan sebaiknya.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.