GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN

11 01 2009

Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yang di nayatakan oleh Menteri luar Syria, Walid Muallim dalam mensyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.

Hakikatnya,

1) Umat Islam Paletin di Gaza khususnya yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat keluar daripada Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana larangan daripada pihak Israel.

2) Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yang tercatat sepanjang kepungan yang dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita yang berumur 34 tahun. Doktor Mu’awiyah Husnain berkata “termasuk yang syahid setakat ini ialah seorang wanita yang bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kepada lima orang anak”. Penyakit yang dihidapinya sepatutnya dapat dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati.

3) Kementerian kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yang terdapat di Gaza berhadapan dengan masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. Lebih menyulitkan keadaan apabila gas yang sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yang demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.

4) Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/2008 telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sebok dengan projek yang tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan “inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir”. Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza ? .

5) Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yang menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yang pada asalnya adalah dijadikan makanan kepada burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yang kekurangan bekalan.

6) Bantuan daripada luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza.

7) Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam.

Jesteru Aman Palestin menyeru rakyat Malaysia yang perihatin agar memainkan peranan positif dalam membantu saudara mereka yang sangat memerlukan pada masa ini.

Hulurkan sumbangan Anda ke akaun .

Dana dan Sumbangan : BIMB 12029010047880, MayBank 562263010787

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717

#dipetik dari www.amanpalestin.org





Laporan Hari Terakhir

29 05 2008

AHAD

25 Mei 2008

5.45 am – Solat subuh

Selesai solat subuh, kuliah pendek disampaikan. Kemudian diikuti pula dengan acara Salam Wida’. Para peserta bersalam-salaman dengan fasilitator dan committe sebagai tanda perpisahan.

8.00 am – Sarapan pagi

9.00 am – Majlis Perasmian Penutup

Majlis penutup pada kali ini dirasmikan oleh PK HEM, Ust Abd Somad. Majlis dimulakan dengan ucapan pengarah program dan diikuti pula dengan ucapan penyelaras program, Ust Mohd Shamsurry. Sebagai simbolik penutupan, perasmi menandatangani ikrar pelajar setelah acara bacaan ikrar oleh ketua peserta sekalu penghulu kem Tunas Muda. Selesai acara perasmian penutup, hadirin ditayangkan dengan gambar-gambar yang sempat dirakam disepanjang program berlangsung. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil peserta dan unit-unit jawatakuasa yang terlibat. Tidak lupa juga kepada Ust Somad selaku perasmi majlis. Untuk acara seterusnya, majlis diserahkan kepada sdri. Anis Shaari untuk slot bacaan wasiat. Seorang wakil peserta dijemput kerana terpilih untuk membaca surat wasiat. Majlis diselubungi dengan suasana yang pilu dan diakhir dengan doa sebagai penutup majlis.

11.00 am – Makan tengahari

Makan terakhir bersama adik-adik peserta sebelum program melabuhkan tirai sepenuhnya.

11.45 am – Post morterm

Semua jawatankuasa berkumpul di surau untuk acara post morterm. Segala permasalahan dibangkitkan untuk mencari resolusi yang sesuai agar program Tunas Muda untuk musim yang akan datang lebih mantap dan berkesan lagi. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama penyelaras program.

12.45 pm – Tamat





Laporan Hari Ketiga

29 05 2008

SABTU

24 Mei 2008

5.30 am – Solat subuh

Solat subuh secara berjamaah diikuti dengan tasmi’ surah hafazan. Kuliah subuh juga diadakan oleh ust Yahaya.

8.30 am – Rehlah Masyi

Satu aktiviti baru yang diperkenalkan dalam program Tunas Muda kali ini. Program ini membawa para peserta berjalan-jalan sekitar kawasan luar sekolah. Lokasi yang dipilih adalah sekitar masjid Pulai. Para peserta dilepaskan secara berkumpulan dengan diiringi oleh fasilitator masing bergerak ke lokasi yang ditetapkan dengan bantuan committe sebagai juru arah. Para peserta akan ditasmi’ di setiap check point yang ditetapkan. Kemudian para peserta berkumpul di sebuah padang bagi meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu ‘Binaan Menara Kertas’. Setiap kumpulan dikehendaki membina menara yang tinggi dan kukuh sebagai syarat dengan menggunakan kertas surat khabar lama, sekeping talam dan juga beberapa batang straw. Binaan yang paling tinggi dan kukuh adalah pemenang.

12.00 pm – Bergerak pulang ke asrama

Para peserta dibenarkan rehat secukupnya sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.

3.00 pm – LDK 6

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ‘Garisan Impianku’, ‘Lilin + Mancis’ dan ‘Aku Mahu Maju’. Diharapkan adik-adik masih mengingati aktiviti yang kita jalankan ini.

5.00 pm – Solat asar

Solat asar berjamaah. Para peserta kemudiannya ditasmi’ sekali lagi surah hafazan yang dihafal.

7.00 pm – Makan malam

7.30 pm – Solat

Solat maghrib + tazkirah + solat isyak.

9.15 pm – Malam Muhasabah Diri

Setiap tahun-tahun yang sudah, malam muhasabah diri sudah menjadi acara wajib bagi program Tunas Muda. Walau bagaimanapun pengisian dan penyampaiannya dibezakan dari tahun ke tahun. Para peserta juga dikehendaki menulis surat wasiat sebagai ‘perjanjian’ agar memperbaiki diri masing-masing.

11.45 pm – Minum malam

Selepas minum malam, diikuti dengan bacaan surah al-Mulk dan masa untuk tidur.





Laporan Hari Kedua

29 05 2008

JUMAAT

23 Mei 2008

4.45 am – Qiamullai

Qiamullai secara berjamaah yang diimamkan oleh sdr. Usamah. Antara solat-solat sunat yang dilaksanakan adalah seperti solat sunat mutlak, solat sunat tahjud dan solat sunat witir tiga rakaat.

6.00 am – Solat Subuh

Solat subuh yang disertakan dengan sujud sajadah yang juga diimamkan oleh sdr. Usamah. Seusai solat, diteruskan pula dengan bacaan ma’thurat diikuti pula dengan tasmi’ surah hafazan. Semua peserta dikehendaki menghafaz surah as-Sajadah sebagai surah hafazan.

7.00 am – Riadah

Aktiviti riadah dimulakan dengan acara bersenam di hadapan asrama masing-masing. Aktiviti diasingkan lelaki dan perempuan tetapi berjalan serentak. Selepas bersenam, para peserta lelaki bergerak ke padang utama untuk aktiviti seterusnya manakala peserta perempuan bergerak ke padang aspuri untuk acara sukaneka. Peserta lelaki diperkenalkan dengan permainan ’dodge ball’ yang dikendalikan oleh sdr. Anas, dimana setiap permainan melibatkan dua kumpulan. Satu kumpulan harus berada di tengah bulatan kumpulan lawan dan lawan akan membaling bola ke kumpulan tengah sehingga semuanya terkena balingan. Pemenang berdasarkan kepantasan menghabiskan balingan ke pihak lawan. Walau bagaimanapun, juaranya berpihak kepada abg-abg fasi!

8.00 am – Sarapan pagi

Dihidangkan dengan nasi lemak dan teh ’O’ sebagai sarapan pagi.

9.00 am – Ceramah motivasi

Ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Ahmad Takiyuddin, yang bertempat di surau SMKAB. Ceramah ini memfokuskan aspek-aspek kecemerlangan akademik. Selesai ceramah, para peserta diperkenalkan dengan lagu tema yang bertajuk Bingkai Kehidupan. (lagu tema boleh dirujuk di sebelah ruangan bawah)

12.30 pm – Makan tengahari + Solat Jumaat

Bagi peserta perempuan, slot srikandi diadakan khas sebagai menanti peserta lelaki pulang dari solat jumaat.

3.00 pm – LDK 2

Aktiviti dalam kumpulan yang seterusnya melibatkan aktiviti ’Benda ajaib’, ’big tree’ dan juga ’air yang terapung’.

4.00 pm – LDK 3

Tajuk aktiviti berkumpulan yang seterusnya adalah ’Nilai Hidup’.

4.45 pm – Solat asar

Solat asar berjamaah.

5.15 pm – LDK 4

Mempraktikkan gaya hidup berfikir. Antara aktivitinya adalah ’Misi Mustahil’ dan ’Siapa Sangka’. (Diharapkan adik-adik masih ingat kepada puzzle Segitiga Bermuda yang adik-adik susun!)

7.00 pm – Makan malam

Makan malam – dewan makan.

7.30 pm – Solat maghrib

Selesai solat, para peserta dibawakan dengan aktiviti seterusnya oleh kem komander manakala fasilitator dan committe berkumpul di dewan makan untuk taklimat berkenaan dengan aktiviti rehlah masyi pada keesokan hari.

8.45 pm – Solat isyak

Solat isyak berjamaah.

9.15 pm – Sessi fotografi

Sesudah solat isyak, para peserta bergerak ke dewan utama. Sebelum bermulanya slot Cinta Rasul, para peserta bergambar dengan fasilitator mengikut kumpulan masing-masing. Di atas kekangan masa, para committe tidak dapat bergambar bersama unit masing-masing.

10.00 pm – Cinta Rasul

Slot Cinta Rasul bermula sebagai menggantikan Majlis Perasmian Pembukaan yang terpaksa dibatalkan diatas ketiadaan perasmi untuk merasmikan majlis. Setelah kata sepakat dicapai, maka slot Cinta Rasul dipilih bagi memenuhi program pada malam tersebut. Tayangan gambar/slide dipertontonkan kepada peserta bagi memudahkan penghayatan terhadap slot tersebut.

11.00 pm – LDK 5

’Sebiji roti’ – ingat lagi adik-adik?

11.30 pm – Minum malam

Bacaan surah al-mulk + tidur.





Tahniah abg. Nidzom!

7 05 2008

Berita gembira untuk semua warga SMKAB yang mengenali saudara Nidzom terutamanya adik-adik peserta Kem Tunas Muda. Sampaikan ucapan tahniah anda buat abg. Nidzom Ramlan yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 17hb Mei ini. Untuk makluman semua, abg. Nidzom pernah menyertai Kem Tunas Muda pada 2006 dan 2007 yang lepas sebagai fasilitator bersama sahabat karib beliau, abg Ruhaifi. Beliau seorang yang berpewatakan sederhana, murah mesra, baik, berbudi bahasa dan ‘hensem’ (bak kata adik-adik smkab) merupakan seorang pelajar cemerlang SMKAB suatu ketika dahulu. Tahniah sekali lagi diucapkan buat abg Nidzom yang telah diperkenankan jodoh. Mewaliki komuniti Tunas Muda, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga jodohmu berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.

Abg. Nidzom (kemeja biru) sewaktu Tunas Muda 2006.







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.