Fesyen seorang Muslimah

27 03 2009

Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.

Dalam Islam, segala sesuatu bermula pada niat atau tujuan. Fesyen tidak ketinggalan, di mana syarat pertama adalah ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat (pakaian) yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4029]muslimah

Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang.

Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.

Islam adalah agama yang unik dan sebagai seorang muslimah, anda dituntut meraikan keunikan tersebut. Di antara caranya ialah memakai fesyen yang unik kepada Islam dan menjauhi fesyen yang unik kepada kaum bukan Islam. Ia juga menggambarkan kecintaan dan kebanggaan kita kepada Islam. Seorang sahabat menceritakan: “Rasulullah s.a.w. melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Shahih Muslim, no: 2077]

Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki.

Selain daripada fesyen yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, no: 5885: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

..baca selanjutnya





Kenangan terindah

26 03 2009

Antara gambar-gambar terbaik yang dirakam pada Kem Tunas Muda yang terdahulu..sekadar untuk mengimbau kenangan lalu.

Moga yang terbaik bakal hadir pada program yang bakal tiba nanti. Insya-Allah…

img_5903

img_5934

dscn4522

s5031807

nyanyian-lagu-tema-1

rehlah-masyi-86

ldk-5-4

Lagi gambar menarik, kunjungi ke ruangan FOTO.





Selamat Datang

24 03 2009

Ahlan buat pengunjung semua. Semoga anda beroleh manfaat melalui kunjungan anda ke weblog ini. Dapatkan maklumat dan informasi terkini yang bakal dikemaskinikan sekarap yang mungkin.

Insya-Allah, program Kem Tunas Muda 2009 bakal menemui adik-adik tingkatan dua SMKA Baling andai segala yang dirancang berjalan lancar. Diharapkan dengan adanya weblog ini, adik-adik mendapat maklumat yang terkini sebelum menjalani kem tersebut nanti. Harap maklum..





Menuju kesempurnaan iman

20 03 2009

Salam ukhwah,

Seorang muslim akan mencapai darjat yang tinggi apabila sempurna imannya. Iman yang sempurna mendekatkan dirinya kepada yang Maha Pencipta. Maka, atur dan susun langkah kita untuk menuju kesempurnaan tersebut dengan:

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan usil dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu berkeinginan akan sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur kerana kezaliman;
  14. Jangan goyah kerana fitnah;
  15. …baca langkah seterusnya





Bagaimana hendak jadi “smart”?

7 03 2009

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

[Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]

 

KITA sering kali mendengar istilah SMART” yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.

 

Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan “’SMART” sebagai satu perkataan akronim serta membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan harian kita.

 

Pada saya “SMART” membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab. Huraiannya adalah seperti berikut:-

·         S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah melayu ada mengatakan “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.”

Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

·         M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi ” di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

·         A (Ambil) – Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu tindakan harus diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. “Bulat tidak akan datang menggolek dan pipih tidak akan datang melayang” tanpa usaha yang gigih.

·         R (Risiko) – Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.

·         T (Tanggungjawab) – Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba mengelak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatang kerugian serta keburukan.

 

Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang “SMART adalah mereka yang sentiasa mahu ambil risiko dan tanggungjawab.

 

Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.

 

Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga adalah separuh daripada iman.

 

Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

 

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan sifat yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas mereka.

 

Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.

 

Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma.

 

Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang “SMART? Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri-ciri yang dihuraikan di atas.

 





Pelan Tindakan TM09

7 03 2009

PELAN TINDAKAN KEM TUNAS MUDA 2009

Bil.

Perkara

Bulan

Catatan

1

Meeting 1:

Lantik AJK, bincang tarikh dan tempat

Jan

-hanya 5 orang yg hadir

-kekangan utk mengadakan meeting

2

Finalise senarai AJK dan Fasi

Feb

-perbincangan dgn Ust Syam

-jumlah ajk dan fasi hanya 60 org

-mungkin berlaku perubahan tempat

-maklum kpd kwn2 kumpul modul

3

Memaklumkan jawatan dan tugasan kepada setiap Ketua Unit

Feb

-berlaku pertukaran ajk

-ketua unit confirm dgn ahli ttg jawatan dan tugasan

-cadangan fasi senior yg mantap

4

Meeting 2:

Bincang resolusi TM ’08, tema, objektif, lagu

Merangka tentative, modul

Maklum job skop, wakil batch, bahan edaran

Mac

-mencari masa dan tempat yg sesuai

-penglibatan semua ajk seramai mungkin

-tetap jangka masa utk sesuatu tugasan

-perlu idea utk penambahbaikan

-perbincangan dengan pihak sekolah

5

Follow up setiap Ketua Unit

Penyerahan susunan modul dan tentatif

Makluman dan edaran bahan kpd fasi

Apr

-semua perlu alert dgn makluman

-perjumpaan jika perlu

6

Check list semua perkara yg berkaitan

Induksi & Final touch sebelum mula program

Mei

-laporan terakhir drp semua ketua unit

-ajk dan fasi perlu lapor kehadiran dan hadir awal jika tiada kekangan

7

Resolusi dan penambahbaikan

Follow up peserta jika perlu

Jun

-perjumpaan sebelum tamat program

-ambil maklumat ajk, fasi dan peserta








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.